About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

28 November 2011

Baby Dhiyaa

Rasanya hampir sebulan juga mama tak update blog ni kan?
Bukan apa.. mama rasa letih sangat..
untuk tidak menghampakan..
mama nak perkenalkan orang baru dalam family mama..


Orang baru dalam family mama ni namanya Dhiyaa..
Buat masa sekarang ni, kami panggil Dhiyaa adik..
Dhiyaa dilahirkan pada 10/11/2011 jam 3.22 pagi secara normal..
Di labor room, Hospital Sg. Buloh..
Berat Dhiyaa sewaktu dilahirkan ialah 2.82kg..
dan, panjang Dhiyaa pula 50cm..

Mesti ramai yang tertanya-tanya..
Dhiyaa je?
Ya! memang Dhiyaa je..
tak de Nur.. tak de Nurul.. tak de Siti..
Actually, ada banyak nama yang mama reserve..
tapi, papa setuju dengan nama Dhiyaa..
So, itulah nama yang didaftarkan di Jabatan Pendaftaran..
Dhiyaa.. bermaksud cahaya / sinar..
kalau kamu perasan..
nama si kakak pun membawa maksud yang sama..
nama-nama lain yang mama reserve pun..
mempunyai maksud yang sama juga..

Tak kisahlah!
semoga anak-anak mama akan terus memberikan cahaya dan sinar untuk family..
Amin!...

Labels

puteriku (103) contest (16) dhiyaa (16) suka-suka (12) newborn (9) zahraa (8) raya (7) mkn (5) pampers (5) sedih (5) senyum (5) klinik (4) conteng (3) majuk (3) birthday (2) pengalaman (2) suntikan (2) earth hour (1) fly (1) lappy (1) mate (1) menang (1) no picture (1) serius (1)