About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

05 February 2011

RAGAM ANAK KECIL

Anak mama dah berusia 1 tahun 11 bulan. Semakin besar, makin banyak ragamnya yang membuatkan mama geram. Lipstick mama patah. Lip gloss mama dikorek. Make up mama pecah. Brooch mama hilang entah di mana letaknya. Air dalam gelas dituang ke lantai. Cream muka, body shower, perfume, bedak... semuanya dibubuh atas kepala. Sememangnya anak kecil itu memang anak yang sangat bertuah.

Sekarang, anak kecil itu sudah pandai buka seluar sendiri. Buka pampers sendiri.  Alasan nak ke toilet. Kadang-kadang bukan nak kencing pun.. sekadar melepas keinginan untuk bermain air. Itulah dia anak mama. Ikutkan dulu kehendaknya. Dah cukup masa, tutup pintu toilet. Pasti dia melalak minta dikeluarkan dari situ.. Haha... menjadi juga trick mama.

Tapi, satu saja yang masih bermain di fikiran mama. Anak kecil itu masih belum pandai bercakap penuh lagi. Yang dia tahu sebut.. jom, susu (istilah bagi susu botol), sejuk, nenen (istilah bagi susu badan), air, ais, nyiau ( bunyi kucing), hantu, nak, tak nak.....

Lagi satu, kalau dia tak nak, dia akan geleng kepala.  


0 CAKAP-CAKAP:

Labels

puteriku (103) contest (16) dhiyaa (16) suka-suka (12) newborn (9) zahraa (8) raya (7) mkn (5) pampers (5) sedih (5) senyum (5) klinik (4) conteng (3) majuk (3) birthday (2) pengalaman (2) suntikan (2) earth hour (1) fly (1) lappy (1) mate (1) menang (1) no picture (1) serius (1)