About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

10 August 2009

MOMBLOGGERSPLANET CUTEST BABY WITH TOYS CONTEST

image

MomBloggersPlanet sekali lagi menganjurkan Cutest Baby of the month berdasarkan theme. Theme bagi bulan Ogos 2009 adalah Cutest Baby With Toys. Contest kali ini ditaja oleh PhotoBookMalaysia dan AliceWonders.

Ini merupakan kali pertama aku menyertai contest sebegini. Sekadar suka-suka. Kalau menang lagi bagus kan???…

DSC00607

Nama peserta : Zahraa binti Rohairy

Tarikh Lahir : 04/03/2009

Usia : 5 bulan

 

DSC00069

DSC00070

Zahraa dengan Pandanya.

Si Panda dalam gambar-gambar ini sangat berguna untuk aku ngan suami. Jika Zahraaku menangis, berikan saja Panda ini kepadanya. Sudah pasti senyaplah Zahraaku. Si Panda ini akan basah lencun apabila Zahraaku kelaparan. Tanda protes kerana lambat menyusukannya.

---

Memberikan anak permainan sememangnya baik untuk tumbesaran dan merangsang perkembangan minda dan fizikalnya.Pakar perkembangan bayi juga percaya,tahun pertama kehidupan bayi adalah tempoh utama berlakunya proses pembelajaran.Penggunaan barang mainan dapat membantu proses pembelajaran itu.Walaubagaimanapun barang permainan yang hendak diberikan kepada anak perlulah bersesuaian dengan usia. Bayi yang di bawah umur setahun memerlukan mainan yang dapat merangsang kelima-lima deria mereka. Mainan yang sesuai untuk bayi di bawah umur satu tahun ialah yang memberikan pengalaman warna, tekstur, bahan dan mempunyai bentuk yang menarik serta pelbagai.

Kanak-kanak berusia bawah tiga bulan contohnya, lebih sesuai diberikan mainan yang lembut dan boleh menarik perhatiannya. Untuk bayi yang berusia tiga hingga empat bulan yang sudah pandai menggelungsur ke depan dan ke belakang pula mungkin boleh diberikan mainan seperti alat kelentong supaya apabila digerakkan ia mengeluarkan bunyi dan ini bukan saja melatih deria pendengaran, tetapi menggalakkan untuk bergerak atau bertidak balas.

0 CAKAP-CAKAP:

Labels

puteriku (103) contest (16) dhiyaa (16) suka-suka (12) newborn (9) zahraa (8) raya (7) mkn (5) pampers (5) sedih (5) senyum (5) klinik (4) conteng (3) majuk (3) birthday (2) pengalaman (2) suntikan (2) earth hour (1) fly (1) lappy (1) mate (1) menang (1) no picture (1) serius (1)